Tuesday, 27 October 2015

RM267.2 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2016




 Pada 23 oktober yang lalu, Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan bajet 2016 di Dewan Rakyat, Parlimen. Berikut merupakan belanjawan yang diperuntukkan demi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.

Bajet 2016 memperuntukkan keseluruhan RM267.2 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2016 berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda tahun sebelumnyaAntara yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini ialah pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 akan ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.
Najib yang juga menteri kewangan berkata bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Terdahulu, Najib membentangkan bajet ke-7 beliau di Dewan Rakyat hari ini, ketika keadaan ekonomi yang mencabar akibat harga minyak yang rendah dan ringgit yang lemah.
Bajet ini akan menjadi yang pertama di bawah Rancangan Malaysia ke-11 – satu pelan induk yang mencartakan pembangunan negara mulai tahun depan hingga 2020.
The Malaysian Insider akan membawa intipati penting dalam ucapan bajet Najib.
Ikut siaran langsung Bajet 2016 di sini:
• Pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250.
• Penjawat awam akan terima pemberian khas RM500 pada Januari 2016.
• Gaji minimum Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan RM920 sebulan dari RM800 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pembantu rumah.
Gaji minimum negara dinaikkan kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung bermula 1 Julai, 2016. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Oktober, 2015.

  •  Berkuatkuasa 1 Julai, 2016 gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung.
• Memanfaatkan 500,000 pekerja, jika pencarum meninggal dunia dalam tempoh kerja waris terima bayaran bulanan 90% pendapatan akhir.
• Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung.
• Bagi bolehkan lebih ramai pekerja dapat manfaat Perkeso, kelayakan caruman wajib dinaikkan daripada gaji RM3,000 kepada RM4,00 sebulan.
• BR1M untuk 2016 dinaikkan seperti berikut:
1) Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dlm senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan terima BR1M RM1, 050.
2) Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000
3) Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kpd RM800;
4) Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan;
5) Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.
• Semua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan RM5.9 bilion.
• Tafsiran awal M40, kelompok isi rumah berpendapatan RM3,860-RM8,320. Definisi ini akan diperincikan. Sukacita diumumkan:
1) Had pelepasan cukai bagi setiap anak bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000.
2) Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000;
3) Anak yang menyara ibu bapa, walaupun tidak tinggal bersama, diberi pelepasan cukai terkumpul RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa.
5) Had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6,00 kepada RM8,000 bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang lanjutkan pengajian bagi tahun taksiran 2016.
6) Bagi ibu bapa kepada anak OKU yang lanjutkan pengajian, had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,00 mulai tahun taksiran 2016.
7) Had pelepasan cukai sedia ada ibu bapa dengan anak OKU RM6,000. Jika anak lanjutkan pelajaran, jumlah boleh dituntut RM14,000.
• Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, kerajaan bersetuju:
1. Beri faedah pemindahan gaji bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta dgn peruntukan RM1.1 bilion;
2. Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam;
3. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan yang akan manfaatkan 60,000 penjawat awam;
4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan, melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.
5. Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Memanfaatkan 10,000 pegawai kontrak.
• Pelaksanaan semua langkah ini akan berkuatkuasa pada 1 Julai, 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.
• Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM dan 500 unit kereta peronda dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM35 juta.
• Merancang membina 2,000 unit lagi rumah mampu milik bagi PDRM, RM36 juta untuk bina pejabat, kuarters dan naik taraf depoh tahanan imigresen.
• Untuk kurangkan kadar jenayah, RM155 juta untuk pembinaan 2 IPD baru di Lawas & KK, 10 IPD dan 5 balai polis yang dalam pembinaan.
• RM523 juta diperuntukkan untuk pembangunan kem tentera darat Esscomm di Sabah, RM160 juta diperuntukkan bagi membina 4,000 unit lagi kuarters ATM.
• Sebanyak RM17.3 bilion disediakan untuk Kementerian Pertahanan bagi perolehan 6 Littoral Combatant Ship, kereta berperisai, Airbus A-400M.
• RM180 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir dan RM60 juta untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negeri.
• Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin.
• RM260 juta bagi bina dan naik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian; RM52 juta bagi operasi 328 K1M dan pembukaan 33 K1M baru.
• Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak KL, yang bernilai RM848 juta pada Oktober 2016; Pembangunan Semula Hospital Kajang.
• RM155 juta bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT.
• RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW.
• Membina rumah generasi ke-2 peneroka, iaitu 20,000 rumah oleh Felda, 2,000 rumah oleh Felcra dan 2,000 rumah oleh Risda.
• Memperuntukkan RM60 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli.
• Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT serta monorel.
• Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan sebagai sumbangan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit. RM200 j diperuntukkan.
• Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT dengan peruntukan RM863 juta.
• Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000 - RM300,000. Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25% daripada kos pembangunan.
• Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dgn pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah dengan peruntukan RM200 juta.
• Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, yang dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion.
• Paras pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan RM5.50/kg SMR20 Freight On Board. Getah sekerap dinaikkan RM2.20/kg.
• Untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli, sebanyak RM300 juta disediakan.
• RM40 juta bagi laksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung baru Cina bagi pembayaran premium tanah dan membaik pulih rumah.
• RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India.
• RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India.
• Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru.
• RM115 juta disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti untuk projek native customary rights.
• RM70 juta sebagai subsidi baja padi huma utk tingkatkan bekalan makanan dan pendapatan penanam seluas 65k hektar di Sarawak dan 11,000 hektar di Sabah.
• Perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik kelas ekonomi bagi laluan Rural Air Services dikecualikan daripada GST.
• Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1090 km, dijangka siap sepenuhnya 2021 dengan anggaran kos sebanyak RM16.1 bilion.
• Mara diperuntukkan RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi.
• RM150 juta kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam.
• RM150 juta disalur kepada Teraju untuk pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi.
• Pemerkasaan Bumiputera adalah agenda nasional dan ini tentunya, merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
• RM160 juta untuk NGO bagi melaksanakan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kesihatan dan keselamatan.
• RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih. Ia melibatkan kurikulum baru seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran teknikal.
• RM145 juta untuk mempersiapkan atlet negara menghadapi cabaran Sukan SEA ke-29, dan Sukan Para Asean ke-9 pada 2017 di KL.
• Cukai pendapatan dinaikkan kepada 26% daripada 25% bagi mereka berpendapatan antara RM600,000 hingga RM1 juta.
• Pengguna pra-bayar telko warga Malaysia akan dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yg dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari–31 Disember 2016.
• Kerajaan bersedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas GST kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C dan D.
GST kadar sifar ke atas ubat melibatkan peningkatan 2 kali ganda kepada 8,630 jenama ubat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Oktober, 2015.GST kadar sifar ke atas ubat melibatkan peningkatan 2 kali ganda kepada 8,630 jenama ubat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Oktober, 2015.• GST kadar sifar ke atas tambahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 penyakit seperti kanser,kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
• Pengenaan GST kadar sifar ke atas ubat yang disebut melibatkan peningkatan 2 kali ganda kepada 8,630 jenama ubat daripada 4,215.
• GST kadar sifar atas barangan makanan seperti susu bayi dan kanak-kanak berasas kacang soya dan susu organik, dal, gula merah, mi kolok kering.
• Untuk petani kecil dengan manfaat skim kadar rata GST, threshold jualan tahunan untuk pendaftaran skim ini diturunkan kepada RM50,000 daripada RM100,000.
• Bagi industri minyak dan gas, pelepasan GST diberi kepada pengimportan semula peralatan yang dieksport secara sementara bagi tujuan sewaan dan pajakan.
• Pelepasan GST juga untuk perolehan bahan dan peralatan mengajar, untuk penyedia latihan kemahiran dan vokasional.
• Kita sasarkan 60% daripada 1.5 juta pekerjaan baharu adalah pekerja berkemahiran TVET menjelang 2020. RM4.8 bilion diperuntukkan kepada 545 Institusi.
Program Baucar Buku 1M bernilai RM250 bagi 1.2 juta pelajar diteruskan dalam Bajet 2016. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Oktober, 2015.Program Baucar Buku 1M bernilai RM250 bagi 1.2 juta pelajar diteruskan dalam Bajet 2016. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Oktober, 2015.• Program Baucar Buku 1M bernilai RM250 bagi 1.2 juta pelajar diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai buku yang diiktiraf.
• Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi bagi pembayar cukai individu, dinaikkan kepada RM7,000 daripada RM5,000 setahun.
• Bantuan persekolahan RM100 diteruskan, dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Ini memanfaatkan 3.5 juta pelajar dengan RM350 juta.
• Untuk peringkat kelas pra sekolah pula, RM44.6 juta diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 kelas seluruh Malaysia.
• Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-25, RM41.3 bilion diperuntukkan. Antara lain, kerajaan akan bina 30 sekolah rendah, 27sekolah menengah, 4 MRSM, 5 SBP.
• Melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sehingga 31 Disember 2017, dengan dana sebanyak RM1.2 bililon.
 RM30 juta untuk keusahawanan gen muda spt Global Entrprnshp Community, Bahtera, Great, 1MET, Nat Innovtn Comptn, Projek Perintis Coding.
• PKS yang membuat perbelanjaan R&D sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran, layak menuntut potongan cukai 2 kali secara automatik.
• Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Kem Sains, Teknologi dan Inovasi.
• Pengecualian cukai sedia ada sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun kepada pengusaha pelancongan dilanjutkan mulai 2016 sehingga 2018.
• Untuk 2016, kerajaan sasarkan 30.5 juta pelancong yang dijangka menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi. RM1.2 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan.
• RM1.4 bilion bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara. RM200 juta bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan Felda.
• SKMM menyediakan RM1.2 bilion, antara lain, untuk meningkatkan kelajuan Internet luar bandar dari 5 Megabit sesaat, kpd 20 Megabit sesaat.
Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia akan mula dibina 2016, siap 2020. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Oktober, 2015.Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia akan mula dibina 2016, siap 2020. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Oktober, 2015.
• Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10 bilion mula dibina 2016, siap pada 2020.
• RM42 juta disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baru.
• RM900 juta diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jln Tun Razak, yang akan dilaksanakan secara kerjasama strategik awam-swasta.
• Menubuhkan dana pinjaman mudah SME Tech Transformation Fund sejumlah RM200 juta, di bawah SME Bank pada kadar faedah 4%.
• RM107 juta utk Pelan Induk PKS bagi pemberian dana, RM60 juta utk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS.
• Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah.
• Tambahan RM1 bilion bagi Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Disember 2017, kerajaan tanggung 2* daripada kadar keuntungan pembiayaan.
• Khazanah juga memperuntukkan RM500 juta untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan sebanyak RM50 juta.
• Melaksana Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir RM11 bilion dalam tempoh 5 tahun.
• Membangun Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas 1,300 ekar dan dijangka menarik pelaburan sebanyak RM7 bilion.
• Pelaburan seterusnya dianggarkan RM18 bilion untuk 2016 bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor.
• Pembangunan RubberCity di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak RM142 juta dan Jeti Minyak Sawit di Sandakan RM20 juta.
• Syarikat sedia ada dalam pengilangan dan pertanian terpilih yang tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula, insentif Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan.
• Tanpa tambahan kutipan cukai, kerajaan terpaksa pinjam untuk bayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara diturunkan dan kos pinjaman meningkat.
• Tanpa GST, defisit negara akan meningkat 4.8% dan bukan 3.1% seperti disasarkan 2016.
• Kutipan cukai SST hanya RM18 bilion berbanding kutipan GST sebanyak RM39 bilion.
• Kutipan GST terpaksa menampung sebahagian kekurangan kutipan hasil petroliam.
• Harga minyak dunia dijangka kekal rendah pada 2016 dan kutipan hasil sumber berkaitan minyak dianggar RM31.7 bilion.
• Malaysia tidak dapat lari daripada kelembapan ekonomi global, penurunan harga komoditi, penyusutan nilai ringgit, pertumbuhan perlahan negara kuasa besar ekonomi dunia. – 23 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-bentang-bajet-2016-di-dewan-rakyat#sthash.VusI8Kfu.dpuf

Tuesday, 20 October 2015

PENCEMARAN UDARA

DEFINISI

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.

JENIS BAHAN PENCEMAR
Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam-logam lain.

JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara primer
Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan member kesan negative kepada kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).

PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.

KESAN PENCEMARAN UDARA

KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.

TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.

PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku

ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku.

JOHOR INGIN KELUAR DARI MALAYSIA

Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim mengejutkan ramai pihak dengan status Instagram berkaitan perjanjian pada 1946 yang dikatakan membenarkan negeri itu keluar Malaysia dalam keadaan-keadaan tertentu.
Bagaimanapun teks dimuat naik itu dilihat mengandungi fakta sejarah tidak tepat apabila menyebut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibuat pada 1946, sedangkan ia dimeterai pada 1948.
Tambahan pula, status tersebut menyatakan bahawa sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia – yang hanya wujud 17 tahun kemudian pada 1963.
Lebih menarik lagi, menurut penganalisis politik Wong Chin Huat, perjanjian 1946 itu sebenarnya merujuk kepada perjanjian Malayan Union yang menggambarkan kegagalan keluarga diraja sehingga membawa kepada penubuhan Umno.

"Pada 1946, tidak ada Persekutuan Tanah Melayu, hanya ada Malayan Union yang menjadi sebab mengapa Umno dilahirkan.
"Sultan-sultan telah menyerah kuasa mereka (kepada British) dan bersetuju kepada perjanjian untuk memberi kerakyatan secara longgar atas tekanan British.
"Ini yang menjadikan orang Melayu memberontak dan rasa dikhianati. Mereka kemudian membentuk Umno (untuk menentang Malayan Union)," katanya kepada Malaysiakini.
Dr M: Melayu sendiri lindungi Melayu
Malah, tindakan kerabat diraja yang mudah menerima Malayan Union juga digunakan oleh perdana menteri sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melancarkan serangan ke atas raja-raja dalam usaha melucutkan kekebalan mereka pada 1993.
Perkara itu terdapat dalam hansard ucapan Mahathir di Parlimen pada tahun itu.
"Ada pihak yang berpendapat bahawa raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu.
"Peristiwa Perjanjian Mac Michael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri.
"Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri," kata Mahathir dalam handsard itu.
Sehubungan itu, Wong berkata Tunku Idris telah mencampuradukkan fakta sejarah dan peninggalan Malayan Union dalam status di Instagramnya itu.
"Disebabkan itu (Malayan Union), kembali kepada persoalan sama ada raja-raja atau ahli-ahli politik dapat melakukan tugasan mereka dengan baik dalam mempertahankan kepentingan Melayu," kata Wong.

Saturday, 3 October 2015

Jerebu ohhhh jerebu...

     
    Saban tahun Malaysia akan dilanda jerebu yang teruk sehingga sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan. Apakah jerebu ? Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Gambar 1 : Keadaan jerebu

    
    Jerebu ini berlaku disebabkan oleh pembakaran hutan secara besar-besaran di Kalimantan, Indonesia. Apabila berlakunya jerebu, ramai pihak akan menyalahkan Indonesia kerana melakukan pembakaran hutan. Kita tidak seharusnya hanya menyalahkan sebelah pihak sahaja kerana terdapat faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya jerebu. Tanpa disedari rutin harian yang kita lakukan juga menjadi salah satu faktor terjadinya jerebu.
    
    
Gambar 2:
Aktiviti pembakaran terbuka
    Antara faktor berlakunya jerebu ialah pembakaran terbuka. Walaupun Malaysia tidak melakukan pembakaran hutan, rakyat malaysia sering kali melakukan pembakaran terbuka seperti membakar sampah di tempat terbuka. Pelupusan sampah-sarap yang dilakukan dengan cara yang salah tersebut akan meningkatkan indeks pencemaran udara(IPU.


    
Gambar 3 :
Asap  daripada kilang



      Pelepasan asap kilang juga menjadi salah satu faktor  berlakunya jerebu. Keadaan ini sering kali berlaku di kawasan perindustrian yang giat dengan aktiviti pengeluaran. Pelepasan asap yang kerap ini juga menyebabkan jerebu menjadi semakin teruk.



      
Gambar 4: Asap daripada kenderaan
    Pelepasan asap kenderaan bermotor juga menyumbang kepada berlakuya jerebu. Kita menggunakan kenderaan untuk melakukan rutin harian sebagai pengangkutan. Tanpa kita sedari, pelepasan asap kenderaan ini memberi impak negatif kepada persekitaran awam.Di bandar-bandar umumnya, penggunaan kenderaan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas jalan raya juga meningkatkan pelepasan asap daripada kenderaan bermotor.
    
     
    Konklusinya,setiap tindakan mendatangkan implikasi samada positif atau negatif.Kita tidak seharusnya menyalahkan sebelah pihak sahaja kerana kemungkinan aktiviti yang kita lakukan juga turut menjadi salah satu punca masalah ini berlaku. Muhasabahkan diri dan berfikiran luas sebelum mengutarakan sesuatu.