Saban tahun Malaysia akan dilanda jerebu yang teruk sehingga sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan. Apakah jerebu ? Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Gambar 1 : Keadaan jerebu |
Jerebu ini berlaku disebabkan oleh pembakaran hutan secara besar-besaran di Kalimantan, Indonesia. Apabila berlakunya jerebu, ramai pihak akan menyalahkan Indonesia kerana melakukan pembakaran hutan. Kita tidak seharusnya hanya menyalahkan sebelah pihak sahaja kerana terdapat faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya jerebu. Tanpa disedari rutin harian yang kita lakukan juga menjadi salah satu faktor terjadinya jerebu.
Gambar 2:
Aktiviti pembakaran terbuka
|
Gambar 3 : Asap daripada kilang |
Pelepasan asap kilang juga menjadi salah satu faktor berlakunya jerebu. Keadaan ini sering kali berlaku di kawasan perindustrian yang giat dengan aktiviti pengeluaran. Pelepasan asap yang kerap ini juga menyebabkan jerebu menjadi semakin teruk.
Gambar 4: Asap daripada kenderaan |
Konklusinya,setiap tindakan mendatangkan implikasi samada positif atau negatif.Kita tidak seharusnya menyalahkan sebelah pihak sahaja kerana kemungkinan aktiviti yang kita lakukan juga turut menjadi salah satu punca masalah ini berlaku. Muhasabahkan diri dan berfikiran luas sebelum mengutarakan sesuatu.
No comments:
Post a Comment